Takziah kepada penduduk Kemaman yang terlibat dengan banjir besar sejak hari Selasa 3hb Dec. Hujan lebat berturut-turut dalam masa 4 hari menyebabkan keseluruhan daerah Kemaman ditenggelami air dan bandar Chukai seumpama pulau dikelilingi air.
Bekalan eletrik diputuskan terlebih awal selepas lebih 200 pencawang elektrik TNB ditenggelami air manakala bekalan air terputus sehari kemudian pada awal pagi Khamis. Perkhidmatan selular jugak terjejas teruk sehingga tiada liputan dalam bandar Chukai dan sekeliling. Banjir tahun ini merupakan yang terburuk sejak 30tahun.
Awan hujan dari laut berarak ke darat pada hari Rabu 4hb Dec jam 730pagi@rumah sewa di Pantai Mok Nik
Slab pada embankment jambatan dlm bandar Chukai yg dibina dlm tahun 70an jatuh ditolak arus air
Kenderaan berat kelihatan cuba melepasi arus banjir pada kedalaman dada.@pintu gerbang sempadan
Habis belemuih gerek aku tenggelam banjir dan jumpa semula jawbone aku yang hilang ..ada hikmahnya banjir ni.. kater emak aku banjir ni pencuci dosa
THOSE WHO THINK HAVE NOT TIME FOR BODILY EXERCISE WILL SOONER OR LATER HAVE TO FIND TIME FOR ILLNESS
Saturday, December 7, 2013
Monday, November 18, 2013
Rawatan Tradisional Buang Ulat Resdung
Berkesempatan menjalani rawatan buang ulat resdung di Bazar Melayu, Pekan Bagan Serai. Kedai tersorok ke dalam sedikit didalam bazar dan telah beroperasi lebih kurang 7 tahun. Mula-mula menemani isteri yang memang bermasalah dengan alahan dan resdung, alang2 dah datang saya cuba jugak menjalani rawatan yang unik ini. Kepada sesiapa yang berminat bole menghubungi terus ke 012-4845210 makcik yang memberi rawatan disini. Waktu rawatan jam 9pagi - 5ptg, kekadang makcik akan tutup awal kedai menemani suami beliau mengajar Tasaawuh di Ipoh dan Penang.

asap terhasil dan keluar melalui corong buluh

Masukkan asap ke rongga hidung, mata dan telinga

Kepingan batu dibakar kemudiannya diletakkan akar kayu serta minyak menghasilkan asap

Ulat resdung serupa mcm ikan keli, dah zoom 10x

asap terhasil dan keluar melalui corong buluh

Masukkan asap ke rongga hidung, mata dan telinga

Kepingan batu dibakar kemudiannya diletakkan akar kayu serta minyak menghasilkan asap

Ulat resdung serupa mcm ikan keli, dah zoom 10x
Subscribe to:
Posts (Atom)



