Kemeriahan menyambut tahun baru 2012 dapat dirasakan apabila aku menghadiahkan sebuah basikal MTB 8 speed kepada ayah tersayang. Jenama XDS menjadi pilihan berdasarkan geometeri, skim warna dan gear set yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan kegunaan untuk berkayuh didalam kampung dan di atas batas ban sawah. Rupanya sudah ada geng basikal warga-warga emas di kampong Sg Baru dan sekitarnya membuatkan beliau terdorong untuk kayuh bersama.
Teringat masa remaja dahulu seawal 80an, basikal adalah salah satu permintaan besar anak kepada kedua orang tua dan terpulang lah kepada keadaan faktor kewangan semasa untuk memenuhi permintaan tersebut. Seingat aku basikal yang mula ku miliki adalah hasil tangan “custom made” sebuah frame basikal mini dicampur dengan handle dan fork keras basikal muda. Itupun dapat ku terjahi dari Kg Padang Lalang ke Kubang Rotan atau ke Kg Sg Baru.
No comments:
Post a Comment