THOSE WHO THINK HAVE NOT TIME FOR BODILY EXERCISE WILL SOONER OR LATER HAVE TO FIND TIME FOR ILLNESS

Monday, January 9, 2012

OFFROAD PERTAMA 2012 DI TREK WILAYAH PAK DIN

BANGI- JENJAROM – NILAI –SALAK TINGGI

Seramai 64 pengayuh tegar muncul di Bandar Sri Mahkota pada hari Ahad 8hb Jan, untuk mencuba Kayuhan Cuaca Kering dianjur oleh SP Ride kelab basikal di Sri Putra Bangi. Semua maklum bahawa Pak Din berupaya menyediakan trek yang terbaik untuk semua peringkat dengan ayat “bukit sikit-sikit saja” di wilayah Bangi dan sekitarnya. Seperti yang dijangkakan, semua berpuas hati dengan trek yang disediakan bahkan pengayuh wanita pun boleh kayuh di bukit-bukit pencawang, denai dan lopak. Beberapa CP disediakan ala-ala mini jamboree dan disediakan marshall sekali sebagai penunjuk arah/sweeper. Kayuhan selesai lebihkurang jam 12.30pm sejauh 38km. Jika ada peluang mendapat jemputan dalam fb cubalah luangkan masa berkayuh bersama Pak Din, pastinya tidak sia-sia.

Menunggu penerangan dari Pak Din



jauh lagi dan banyak bukit pencawang didaki

pengalaman berkayuh di lereng bukit


junjung basikal pun boleh

Sweeper ..terbaik dari SP Ride

3 comments: