Melalui kenalan Sdr Azwan Afiffin dalam fb, penulis dapat merasai kayuhan Bkt Makationg pada Sabtu, 4hb Feb. Masih terasa macamana perit menolak semasa Kayuhan Warisan Taiping 2009 dahulu di trek yang sama ketika mendaki ke puncak sebelum CP1. Seramai lebih kurang 15 pengayuh menyertai kayuhan kali ini, sepatutnya lebih tetapi pembatalan di saat akhir oleh kenalan MTB yang lain. Majoriti kenalan MTB yang berkayuh adalah staff perkhidmatan Penjara Taiping. Tayar bergolek tepat 830pagi dari tapak parkir Penjara Taiping ke tapak Bkt Makationg.
Selesai kayuhan lebih kurang jam 11am penulis turut menyertai sesi ”carbo loading” di kaki bukit larut dengan hidangan wajib nasi lemak atau ‘roti jantan’ sebelum menghabiskan kayuhan ke destinasi akhir masing-masing. Walaupun baru berjumpa dengan kumpulan MTB Taiping tetapi rasa serasi bersama untuk melakukan aktiviti yang sihat ini.
tak larat kayuh tolak ler yop..penulis pun sama nasib
MTB Taiping..regroup sebelum mendaki ke puncak
..sesi bergambar di puncak
Pemandangan sebahagian bandar Taiping dan Port Weld dari puncak
No comments:
Post a Comment