THOSE WHO THINK HAVE NOT TIME FOR BODILY EXERCISE WILL SOONER OR LATER HAVE TO FIND TIME FOR ILLNESS

Thursday, May 30, 2013

CANDAT SOTONG DI PESISIR KEMAMAN

Berpeluang candat sotong di laut lepas lebihkurang 8 batu dari Kuala Kemaman pada malam Khamis lepas. Berlepas dari jeti Kemaman lebih kurang jam 6ptg bersama-sama dengan 9 orang pemancing dan balik keesokan hari lebihkurang jam 10 pagi. Hasil yang diperolehi kurang memuaskan disebabkan arus laut yang deras. Bot yang diberi nama Duyong Dervish lengkap dengan katil serta tandas sesuai untuk pemancing yang inginkan keselesaan. Berjaya mengumpan ikan kerapu hanya sebesar tapak tangan dan merupakan hasil tangkapan yang terbesar pada malam itu. Walaupun pengalaman pertama memancing di laut tetapi dapat merasakan kelainan dan keseronokan memancing. Pemandangan bandar Chukai dari sungai Duyong Dervish lengkap dengan katil..boleh berehat kalau mabuk laut