THOSE WHO THINK HAVE NOT TIME FOR BODILY EXERCISE WILL SOONER OR LATER HAVE TO FIND TIME FOR ILLNESS

Tuesday, July 24, 2012

RAWATAN ALTERNATIF TRADISIONAL ANGIN AHMAR@STROKE

Penulis berkesempatan mencuba rawatan alternatif setelah diperkenalkan oleh geng basikal Berat Nanang (H66) di Kemaman selepas selesai menunaikan solat Terawih. Rawatan dilakukan di dalam kedai makan Pok Ibrahim atau lebih dikenali sebagai kedai gusti(24jam pasang WWE). Pesakit sejauh dari Singapura datang berubat disini dan pesakit tempatan antaranya melibatkan VVIP.Kedai beliau berhadapan dengan Masjid Sultan Ahmad di tengah bandar Chukai, di seberang jalan menghala ke Kuantan. Cara rawatan adalah dengan merendamkan kaki pesakit didalam ais ketul dicampur dengan ramuan akar kayu dan minyak pokok petir. Keberkesanan rawatan dapat dirasai bilamana panas dari campuran minyak dan akar kayu meresap naik dalam saluran saraf ke bahagian atas anggota badan. Penulis hanya bertahan meredam kaki selama 3minit sahaja dan ini merupakan kali kedua mendapat dalam masa sebulan. Saudara Shahrum aka Yong yang turut serta mendapatkan rawatan hanya bertahan tidak sampai 1 minit. Tahap kesihatan urat saraf dan darah didalam badan pesakit menentukan berapa lama pesakit dapat menahan rendaman campuran ais tersebut. Lebih lama uratsaraf bertindakbalas dengan campuran ais maka dikhuatiri pesakit mengalami sedikit masalah kesihatan berkaitan. Pok Ibrahim menjelaskan bahawa ada pesakit beliau sembuh dan boleh menggerakkan kaki atau jari semula setelah selesai rendaman dengan izin Allah SWT dan hanya sedekah daripada pesakit sebagai bayaran setelah selesai sessi rawatan.
Ais ketul sebesen menunggu
Ramuan akar kayu dan air kayu sepetir
..sejuk bohhhh
..curahan air dari gelas membuatkan lebih terasa denyutan urat saraf pada kaki

6 comments:

  1. Assalamualaikum semua...kepada sesiapa yang menghidapi penyakit angin ahmar boleh hubungi saya.insyAllah saya bleh membantu bg memulihkan penyakit tersebut.dh ramai testimoni yg saya buat terhadap penghidap strok sumuanya sgt berpuas hati dgn kesan serta perubahan dlm masa 40minit sj.semuanya dgn izin Allah.saya hanya ingin membantu (012-5579732)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, bagaimana kalau penyakit strok tu dah hampir 7 tahun?

      Delete
  2. Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk maklumat. Kami menyediakan pemulihan untuk pesakit strok. kita menggunakan dua kaedah iaitu gabungan rawatan fisioterapi dan akupunktur. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077

    ReplyDelete