Takziah kepada penduduk Kemaman yang terlibat dengan banjir besar sejak hari Selasa 3hb Dec. Hujan lebat berturut-turut dalam masa 4 hari menyebabkan keseluruhan daerah Kemaman ditenggelami air dan bandar Chukai seumpama pulau dikelilingi air.
Bekalan eletrik diputuskan terlebih awal selepas lebih 200 pencawang elektrik TNB ditenggelami air manakala bekalan air terputus sehari kemudian pada awal pagi Khamis. Perkhidmatan selular jugak terjejas teruk sehingga tiada liputan dalam bandar Chukai dan sekeliling. Banjir tahun ini merupakan yang terburuk sejak 30tahun.
Awan hujan dari laut berarak ke darat pada hari Rabu 4hb Dec jam 730pagi@rumah sewa di Pantai Mok Nik
Slab pada embankment jambatan dlm bandar Chukai yg dibina dlm tahun 70an jatuh ditolak arus air
Kenderaan berat kelihatan cuba melepasi arus banjir pada kedalaman dada.@pintu gerbang sempadan
Habis belemuih gerek aku tenggelam banjir dan jumpa semula jawbone aku yang hilang ..ada hikmahnya banjir ni.. kater emak aku banjir ni pencuci dosa
No comments:
Post a Comment