THOSE WHO THINK HAVE NOT TIME FOR BODILY EXERCISE WILL SOONER OR LATER HAVE TO FIND TIME FOR ILLNESS

Monday, February 17, 2014

Jamboree 2014 di Parit Yaani

Berpuashati sekadar ditempat no 516 bersama abg best, keseluruhan penganjuran berjaya dengan crew yang ramai di dlm trail, papan arah yg besar dan jelas, perca2 kertas di setiap laluan.

Laluan jamboree menyelusuri ladang2 sawit serta penempatan peneroka juga tidak ketinggalan mendapat galakan semasa berkayuh daripada penduduk setempat dan pekerja ladang, terbukti orang Jawa baik dan peramah.


bersedia utk kayuhan, lebihkurang 900 rider di Parit Yaani


Photo ehsan cyclmotion...lelah dah setakat ini


kerah tenaga kami bertiga untuk menamatkan kayuhan

bersama Man Teksi No Border..kuat dea kayuh walaupun berat nanang

bersusun basikal di rumah homestay

Saturday, December 7, 2013

Banjir Terburuk Kemaman

Takziah kepada penduduk Kemaman yang terlibat dengan banjir besar sejak hari Selasa 3hb Dec. Hujan lebat berturut-turut dalam masa 4 hari menyebabkan keseluruhan daerah Kemaman ditenggelami air dan bandar Chukai seumpama pulau dikelilingi air.
Bekalan eletrik diputuskan terlebih awal selepas lebih 200 pencawang elektrik TNB ditenggelami air manakala bekalan air terputus sehari kemudian pada awal pagi Khamis. Perkhidmatan selular jugak terjejas teruk sehingga tiada liputan dalam bandar Chukai dan sekeliling. Banjir tahun ini merupakan yang terburuk sejak 30tahun.
Awan hujan dari laut berarak ke darat pada hari Rabu 4hb Dec jam 730pagi@rumah sewa di Pantai Mok Nik
Slab pada embankment jambatan dlm bandar Chukai yg dibina dlm tahun 70an jatuh ditolak arus air
Kenderaan berat kelihatan cuba melepasi arus banjir pada kedalaman dada.@pintu gerbang sempadan
Habis belemuih gerek aku tenggelam banjir dan jumpa semula jawbone aku yang hilang ..ada hikmahnya banjir ni.. kater emak aku banjir ni pencuci dosa