THOSE WHO THINK HAVE NOT TIME FOR BODILY EXERCISE WILL SOONER OR LATER HAVE TO FIND TIME FOR ILLNESS

Sunday, June 30, 2013

GOWES BARENG – BANDUNG MALAYSIA 2013 (KAYUHAN MUHIBBAH BANDUNG MALAYSIA 2013)

Terimakasih kepada Nestle Products atas sumbangan PowerBar, PowerGel serta barangan iringan yang lain.

Terimakasih juga kepada Cimahi Cyling Club aka Threeple C dan KGC dari Garut. Sokongan anda semua kami hargai.

Terimakasih kepada bro Adi Hariman yang menjemput penulis menyertai siri ke- 3 Great Adventure Team (GAT).

Seramai 10 orang menyertai Great Adventure Team (GAT) kali ini untuk menghadapi cabaran kayuhan di daerah Bandung, Indonesia.

Kayuhan pertama bermula pada 20hb Jun dan berakhir pada 23hb June selama 4 hari, jarak laluan lebih kurang 260km. Walaupun 260 km, tetapi kontor mukabumi di tanah Jawa Barat tersebut berbukit bukau terbentuk akibat pembentukan dari pergerakan kerak bumi pada masa lampau maka ianya tidaklah mudah seperti yang disangka.

Keluar sahaja dari mana-mana hotel yang disingahi, peserta GAT telah mengharungi pendakian sehinggalah ke puncak. Purata dalam jarak 25km sehingga ke 35km untuk sampai ke puncak dan melalui penurunan ke ”regroup point” dalam masa 1 jam sehingga 1 jam 30minit. Kepuasan tidak terkata dan ada kalanya kaki dan pergelangan tangas kebas semasa menuruni bukit. Cuaca di daerah Bandung yang dingin pada 22° C membuatkan kayuhan semakin bertenaga dibantu pula dengan PowerBar dan PowerGel.

Selebihnya teks disediakan didalam bahasa campuran Indonesia dan translatasi disediakan untuk kemudahan rujukan.

Hari Pertama 20hb June 2013
Kota Bandung -Tangkuban Perahu - Lembang - Kota Bandung
Jarak – 50km, tanjakan kurang lebih 25km
Elevation – 2,084mtr above sea level
Dalam proses mendaki..kerammm
Offroad menuruni Tangkuban Perahu dan terjatuh

Hari kedua 21hb June 2013
Kota Bandung - Cimahi - Soreang - Ciwidey - Kawah Putih
Jarak – 65km, tanjakan kurang lebih 30km
Elevation – 2,430mtr above sea level

didalam Kawah Putih (L-R) Mat Noq, Sumi,aku,Din Soobeng, Pudin TTG,Hj Mizi, Man, Anak Siong, Adi dan Cendoi

Hari ketiga 22hb June 2013
Ciwidey - Gamboeng Tea Plantation - Banjaran - Manjalaya - Pengalengan - Kawah Kamojang - Garut
Jarak – 55km, tanjakan kurang lebih 30km
Elevation 1,730mtr – above sea level
Terkenal dengan punca asli stim menjanakan elektrik

separuh perjalanan mendaki ladang teh, bukit dibelakang ada lagi

Hari ke empat 23hb June 2013
Garut – Cangkuang - kota Bandung
Jarak – 91 km, tanjakan kurang lebih 35km dan penurunan sehingga ke kota Bandung
Garut terkenal dengan perusahaan kulit. Singgah di Candi Cangkuang menggunakan rakit untuk melawat sejarah tempatan.

Nota translasi:
i. Tanjakan – pendakian
ii. Gowes – kayuh
iii. Goweser - pengayuh

No comments:

Post a Comment