THOSE WHO THINK HAVE NOT TIME FOR BODILY EXERCISE WILL SOONER OR LATER HAVE TO FIND TIME FOR ILLNESS

Monday, January 5, 2015

Bercuti di Pulau Lagenda Langkawi

Penulis berkesempatan bercuti di Langkawi pada 19hb Disember 2014 dan mencuba perkhidmatan servis feri untuk bawa bersama kereta sendiri dari Kuala Perlis ke Jeti Tg Lembung, Langkawi.

Sedikit kehampaan apabila berlaku kelewatan berlepas dari jeti Kuala Perlis sepatutnya jam 10pagi tetapi berlepas pada pukul 11.06pagi. Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan Langkawi Auto Ekspress (LAE) disebabkan air surut. Ditambah pula dengan proses dokumentasi yang agak memakan masa di kaunter ofis LAE. Untk MPV 1,8ltr kos dikenakan dlm RM340 utk 2 hala untuk bawa kereta ke Langkawi, tiket penumpang perlu dibayar berasingan kecuali pemandu adalah percuma. Tiket dewasa RM30 dan kanak-kanak RM20.

Sepanjang perjalanan penulis bersama-sama keluarga menikmati pemandangan di laut lepas dan juga menikmati hidangan filem didalam kabin penumpang. Sempat juga mengisi perut dengan mee segera itupun selepas 1 jam berlapar. Kaunter cafe hanya buka selepas feri berlepas dari jeti.

Banyak perubahan berlaku di Pantai Chenang dan Pekan Kuah jika dibandingkan dengan percutian penulis di Langkawi pada tahun 1988. Sempat juga mencuba kabel kereta di Gunung Mat Chincang dan melawat makam Mahsuri.

Alhamdulillah, penulis dapat memperolehi slot untuk balik ke Kuala Perlis pada hari Isnin, 21 hb Disember 2014. Masa berlepas dicatatkan dalam jadual 1ptg tetapi lebihkurang 1ptg baru feri berlabuh di jeti Tg Lembung. Lebih kurang pukul 2.16ptg baru feri berlepas dari jeti dan tiba 2 jam kemudian di jeti Kuala Perlis.

Masalah yang baru timbul bila feri sampai di jeti Kuala Perlis air surut dan kereta penulis antara kereta yang terakhir keluar dari feri lebih kurang jam 6.10ptg. Percutian di Langkawi semuanya ok kecuali pengalaman feri yang kurang memuaskan, banyak penambahbaikan perlu dilakukan. Feri masih baru cuma aspek pengurusan masa dan kaunter perkhidmatan perlu dilaku penambahbaikan kadar segera.

Gate masuk ke feri

Ruang kargo utk kenderaan yang luas muat utk lebih dari 60 buah kenderaan pada satu masa

Kenderaan yang siap susun diatas dek feri

Cantik dan selesa dek penumpang

bergambar bersama bonda dan keluarga di kereta kabel Gng Mat Chincang

feri yang baru berlabuh di jeti Tg Lembung

jambatan ke feri di Tg Lembung

masalah yang timbul jika air surut ketika feri tiba di jeti, gayat untuk melepasi jeti yang tinggi..masalah untuk kereta yg lowered





4 comments: